
ruzainah memulakan bicara aku hanya menyambung kata.
aku ingin hanya melontarkan rasa , meluahkan bisikan jiwa dan mengutarakan persoalan yang agak mudah bunyinya tapi pelbagai alasan bakal dicipta untuk menghindarkannya .
hanya ingin bertanyakan bila ? hanya pengulangan kata anafora yang bakal ditanya kan sebentar lagi sambil pegimbasan memori dan layaran minda di masa depan . *ouh menangis orang sastera baca ayat aku*
mungkin hanya aku yang terlebih perasaan rindu akan kamu semua tetapi kamu hanya biasa biasa sahaja. ouh tidak mengapa itu lumrah manusia .
janji ditabur kata diungkap hati bertaut .
langkah pertama , ambilan pertama itu kita semua . insan bertuah yang telah ditakdirkan olehNya yang Maha Mengetahui bahawa kita semua secocok dijodohkan bersama.
perasaan bercampur baur, ada yang menangis dan tertawa. pada mulanya semua hanya mementingkan diri sendiri tapi lantas kita tersedar bahawa kita hidup dan ditakdirkan disitu untuk berkongsi rasa,jiwa,sayang dan sebagainya. pantas kita mengenggam tangan diantara kita semua lalu menanam azam untuk berjaya. automatisnya kita adalah sebuah keluarga .
dari hari ke hari yang dihitung, singgah ke bulan dan bulan seterusnya hingga akhirnya kita sudah DUA TAHUN DUA BULAN TIGA BELAS HARI hubungan ini. sehingga kini aku menganggap korang keluarga.
keluarga yang mengajar aku erti susah payah , gelak tawa , dan sebagainya.
Alhamdulillah, even aku bagi mesej korang tak reply. nvm. aku tak kesah kerana sekurang kurangnya aku bertanya kan khabar walau tiada soalan itu yang dihantar. ianya tersirat kerana aku terlalu ego dan malu untuk berterus terang untuk berkata "aku rindu korang, korang sihat?"
kadangkala aku hairan adakah kita semua hidup dizaman merpati sebagai posman atau kuda sebagai kenderaan si utusan yang ditugaskan ? ouh susahnya untuk berhubungkan.
kadangkala aku hairan adakah kita semua hidup dizaman merpati sebagai posman atau kuda sebagai kenderaan si utusan yang ditugaskan ? ouh susahnya untuk berhubungkan.
aku hanya rindu kerana aku manusia yang dikurniakan perasaan itu. semua manusia dianugerahi perasaan itu, tapi mungkin aku terlalu rindukan kita semua lebih daripada aku rindukan kekasih *cewahh muntah hijau *
aku rindu untuk melihat suasana dorm yang walaupun pada akhir akhirnya sangat sunyi. aku rindukan gelak tawa tangisan jeritan dan amaran serta nasihat korang semua . aku rindukan suasana bangun pagi bila malam sebelum tu
"eyh esok sapa bangun awal kejut kita dulu taww "
"syafiqa esok pagi kita after kamu okay "
"shera aku after kau tau esok"
aku rindu ,
"eyh sapa nak laundry dengan kita ?"
"eyh sapa laundry nak after"
"weyh membazir bayar duit dobi bukan kita guna pon !"
and blaah blaa blaa . rungutan pujian sentiasa berselang seli.
aku rindu lagi ,
"dorm sebelas sapa tak iron lagi cepat nanti dorang amek"
"kau cakap satu dorm "
"okay sapa nak iron tulis korang punya turn dalam kertas ni okay"
"kau pegi betulkan sebelah mt , dye punye suis terjatuh pulak, blackout pulak !"
budak current pon tunjuk handal padahal tak kenal kejadah tu ape benda dan takda dalam silibus pon and sampai tertido tido dekat karpet kuning tu, tunggu turn iron . ouh rindu .
bila balik dari sekolah ada yang badmud ada yang tegelak gelak .
bila harijadi someone budak dorm , semua planning macam macam . and aku nak mintak maaf sebab aku tak dapat jadi ketua dorm yang baik yang hebat planning mcm2 untk bufday korang smpai jadi meriah satu asrama tahu *ouh meletup to de max* mcm dorm laen.
aku mintak maaf ajar korang senaman kaki sampai kita bergaduh dengan warden . ni ucapan maaf untuk yang terlibat . main hujan sampai bergaduh lagi dengan warden sampai dekat sekolah kena panggil dengan cikgu ernieza . "nur shahira hamdan sila jumpa saya waktu rehat kedua!"-pn ernieza.
aku rindu nak buat lelongan stok makanan letak atas meja panjang yang gila laa ahli ahli tough yang angkat dari bawah ke atas. lagi sekali maaf kalau selama ni aku makan sorang2 tanpa mempersilakan sesiapa. maaf sangat , tamak halobaa menguasai diri . ouh syaitan , haha .
aku rindu suasana kita kemas dorm . fuhh korang terima kasih realisasikan BILIK PEREMPUAN . gila bersihkan dorm kita.
aku suka buat propa kononnya "esok baju semua aku tahu kat ampaian eyh,kalau dorm kene kunci siap korang" padahal aku jugak yang gantung, aku jugak yang jadi top model beratur kat depan sebab keluar lambat. sebab tu korang cakap, "shera awal mana pun dia mandi . dia paling last siap" dan "shera siap awal sebab netbal je ". haha .
aku rindu bila kita sangat unite untuk menanng interdorm netball , fuyoo johan babeyhh , bagus korang tak malukan presiden netbal , haha .
sayang sangat dorm sebab korang hias cantik sangat . last haritu pun kita tak kemas betul2 kosongkan , sebab kita rasa macam eyh nanti kita balik situ lagi .
dulu mula mula sampai orang tersilap antara aku and yasmin kan . rindu nak peluk cium tido mandi semua dengan korang .*macam lucah je bunyi*
ingat tak saturday night fever. haha hebad kita semua . lawak sumpah seronok dan kelakar , sampai seminggu berturut2 yasmin akan naik tido katil dila dan analisis sorang2 dalam video tu.
kalau aku nak buat ringkasan tentang kita pun tak boleh sebab terlalu banyak memori antara kita , kenangan yang sendiri tercipta .
cuma aku hanya bertanya tanya bila kita nak macam ni balik . ouh mestilah impossible kan , tapi boleh tak kita possible kan dia , ringkaskan antara kita walaupun hanya untuk beberapa jam bersama ,atau lebih baik kalau untuk beberapa hari , ayaat aku takda lah tersirat mana tapi tolong la faham . bila aku text korang tanya pasal bila kita nak reunion ke apa tolong la bagi feedback atau cadangan , janganlah terus berdiam , korang mesej boyfriend ada kredit mesej untuk aku beberapa posen je *posen la sebab nanti kata aku celcom kau maxis , aku digi and blahh bla bla * aku mesej korang ? win win situation kan tu.
aku tahu ramai yang kerja tapi tolong lah mintak cuti sekejap .
tapelahh semua dah busy dan ada komitmen masing2 , aku kene faham tapi korang tak boleh ke faham aku. "eyh shera kau pahal mengada ngada nak jumpa sangat kita orang ni ?"
aku bukan ngada ngada aku hanya fikirkan yang sekarang korang masih dalam ingatan . bukan bermaksud aku nak lupakan korang tapi sekarang pon masing2 dah busy , akan datang?
Aku hanya bagi cadangan dan bantu aku untuk realisasikannya .
ruzainah bercadang untuk ke genting . aku pulak bercadang untuk ke pd atau melaka ? so mana yang korang rasa tempat kita boleh enjoy together . snap banyak banyak dan simpan sampai anak cucu.
lepas baca comment dekat group dorm yer sayang :)
berjela jela entry aku tapi berjela lagi rindu aku dekat korang :)
titerw winduxx cangatt tatt kowunk! lols .
lot of love,
NUR SHAHIRA HAMDAN.
No comments:
Post a Comment