Saturday, 7 April 2012

HISTERIA BUFDAY BATCH!


Ruzainah adakah kita berdua je penulisnya dan pembacanya. agak-agak blog ni boleh letup letup sampai tersenarai dalam nuffnang punya list tu tak? merepek -.-'
"setakat blog cikai lopek poyo ni apalah sangat orang nak pandang!"
"blog ni kecil kecil cilipadi walaupun tulisan dye kiut miut tapi hasilan dan cerita serta memori bagaikan pakej lengkap yang tak dapat ditaruhkan dengan wang ringgit!"
"ahh persetankan semua ini."

mungkin aku terlalu jatuh cinta dengan pengulangan kata anafora yang bagaikan flora flora hidup yang indah melengkapi ruangan jiwa sampai aku terlalu melimpah ruah idea yang memerlukan pengulangan kata yang sama. *ouh emosinya kau gadis bila berbicara dan melontarkan rasa*

*pastikan mood perasaan dan bayangan minda berada pada tempat dan waktu kejadian!*

ingat takk bila satu malam sedang nyenyak tidur ada antara kita yang tidak lena. pelik. kenapa tidur lenanya diganggu tiba tiba. siapa yang mengacau siapa pula yang mengejutkannya. bila mata dibuka dalam suasana gelap ditempat yang baru juga walaupun setelah beberapa bulan keranan keselesaan sepenuhnya masih belum diraih bersama. mata dibuka kecil , sesepet yang boleh berlindungkan bulu mata yang memanjang. ouh gelap dan sunyi *krikkk krikkk* bunyi cengkerik menyapa dipandang kiri dan kanan semua sudah indah dibuai mimpi. "ouh kenapa aku tidak bisa melelapkan mata?' "kenapa aku kembali ke alam yang nyata diwaktu sebegini". gerakan kecil dari rakan yang beralih posisi tidur menghasilkan bunyian rincing besi katil yang uzur . *nying nyingg nying* ouh aku tidak tahu bagaimana .

disebabkan oleh suasana yang asalnya gelap + sunyi = seram . macam macam situasi dan halusinansi bermain di minda layangan jiwa yang dikawal hati bukan otak yang waras. satu satu caranya membaca basmalah 21 kali . surah 3 qul . surah al fatihah , ayat kursi dan doa tidur dalam keadaan yang mad dilanggar segala tiang isyaratnya dan ucapan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dalam tempoh 7 saat per inci. resah menyelubungi jiwa . tiba terdengar gerakan tapak kaki seolah olah ada orang sedang berjalan diluar . senyap . semakin kuat ayat2 al Quran dibaca. semakin laju pedal minyak ditekan . terdengar  pula bunyi tong sampah bagai disodok sodok ataupun dirodok rodoklah. positive thinking . ahhh kucing la tu , cari gadoh betul malam malam ni. hati tenang. Alhamdulillah tanpa disedari diri dikejut untuk ke sekolah keesokannya.

esok diceritakan sewaktu rehat kepada yang lain tapi alasan menyedapkan hati dan jiwa semua ,

"ala kau pikir bukan bukan tu , bunyi orang jalan tu adalah tu orang nak pegi tandas"
seorang yang seakan percaya tak percaya berkata "kau nampak tak bayang bayang orang tu?"
"tak, aku tak berani tengok tapi aku dengar jelas"
"ishh takde papelahh bunyi kucing dengan lekha bergerak time tidur je tu"

positif sepositif yang mungkin. malas meneruskan persoalan yang meruntun dan menghantui jiwa.

malam seterusnya , ingat tak bila ada lagi antara kita bukan orang yang sama malam sebelumnya sedang enak tidur tiba tiba tersedar lantas laju dibaca ayat suci al Quran lancar dibibir.seperlahan yang mungkin dibaca. terimbas pula scene di dalam cerita KARAK "buat apa baca kalau tak tahu maksudnya" lebih kurang maksudnya , ingatkan aku dialog sebenar dia sebab aku malas nak buat research sebab aku dah cukup berani menaip persoalan dan kisah ini seorang diri di malam hari ditemani bunyi kipas dan cahaya bersumber kan LED lappy ini. lantas cuba dikerah keringat apakah maksud ayatul kursi yang dibaca.
kerana bacaan yang merangkak rangkak. terdengar bunyi pintu loker bermain main buaian bergerak kekiri dan kekanan *bayangkan sendiri bunyi tu okay* mengumpul kekuatan dan keyakinan. posisi bantal dialih ke telinga bagi memekakkan keadaan. akhirnya lena kembali.

entah berapa jam atau minit selepas yang lain pula terjaga tapi kerana terdengar suara seseorang yang bagaikan sedang menyanyi ataupun menangis. keliru dan bingung itu suara wanita atau kanak kanak.. ayat al Quran lancar dibibir lalu dirapatkan sedikit posisi dengan teman sekatil. lena kembali.

bunyi seperti ketukan pintu tetapi tdak terhasil dipintu masuk dorm bahkan ianya bunyi dari loker belakang, bunyi macam ada orang nak keluar. pantas tidak berfikir panjang dengan ganasnya rakan sekatil dikejut. bangun memberanikan diri dan suis lampu dipasang yang memnbuatkan ada beberapa pasang mata tidak selesa namun lena akhirnya. yassin diambil dan dibawa ke sisi sewaktu tidur. lena.

persoalan ini dibicarakan bersama pada keesokan harinya. ketua dorm dan beberapa lagi ahlijawatankuasa berbincang untuk keamanan dan keselamatan dorm. jangan dihebahkan hal ini kepada dorm lain, dan jangan dihebahkan kepada ahli dorm yang lemah semangatnya.

aku sebagai naqibah mengutarakan soalan kepada si akak naqibah asrama yang jelasnya banyak pengalaman dan salah satu aspek kerja dye jadi dye berpesan untuk baca yasin dalam dorm setiap malam.
setelah berbincang dengan ajk dorm keputusan dibuat wajib baca yassin, al mulk dan ditambah surah al jin. al maksurat dibawa juga bersama .

Alhamdulillah aman. sehinggalah malam terakhir hari selasa 2.3.2010. selepas tiga hari beturut turut membaca surah al jin malam seterusnya diteruskan tanpa surah berikut iaitu rabu 3.3.2010.

aku bermuram durja kerana selama ini hari lahir disambut gembira disisi keluarga. tanpa tefikir atau mengesyaki sesuatu yang ada orang dah planning siap siap sume. aku dipanggil ke dorm 4. dihentam hentam oleh kak jia yang kononnya aku merampas abg aiman dari dye. alah baru nk ada bunga bunga sikit dah kene hentam, manalah aku tahu time tu boyfrengg dye. ditambah pula perisa perisa terkini dari bintang tambahan hollywood akhirnya mereka berjaya membuat aku menangis. aku bukan insan yang lemah tetapi airmata ku gugur kerana aku terlalu homesick dan rindukan pakwe dikampung halaman ku KOREA . *cewahh . usai sudah lagu selamat hari jadi dinyanyikan , aku keluar untk naik ke dorm , tiba tiba KakYam jerit "aspuri baca yassin sekarang". aku memecut dengan kawan yang lain mengambil wuduk lalu pantas pulang ke dorm. selesai yassin aku tidur.

syafiqa dan alia sedang membasuh kain kain mereka. hendak diceritakan bagaimana takut tersalah fakta terus bertukar auta. jadi biar mereka yang bercerita sendiri pengalaman indah mereka.aku hanya mendengar mereka berlari sepantas Hussein Bolt. dan ayat terakhir sebelum aku hanyut kepada mereka. dahi berkerut kerut "jangan berlari lah!" lalu tidur dengan bekerut kerut.

enak tidur. terdengar riuh rendah diluar dan ketukan gergasi yang menyuruh kami membuka pintu. semua terkejut dan terpinga pinga. mis jennyy disebelah akhirnya mengarahkan kami membuka pintu.
akak tu dengan gabra berkata "baca yassin sekarang dan jangan sesiapa keluar dari dorm, nak ke tandas bagitahu." lalu kami juga dengan gabra menyarung telekung dengan pantas lalu menarik yassin dan terbentuk bulatan.

mendengar jeritan sana sini dengan volume dan  pressure yang rendah waktu malam membuatkan bunyi itu sungguh jelas didengar.
yassin dibaca tanpa henti. pintu loker semua dibuka. kedudukan aku sungguh strategik . berkirikan pintu yang luas tebuka,membelakangkan loker loker yang sedang mengalunkan bunyi violin putus tali krukk krekk krukk krekk kreekk. dan berhadapan dengan cermin panjang yang jelas segalanya.

yang period atau tak semua baca jugak. aku dah tak tahu apa hukumnya kalau macam tu. berpegang teguh dan erat antara satu sama lain agar tiada yang lemah semangat, yang lemah dipaksa kuat. dan Alhamdulillah semua kuat!

Alia jaguh baca yassin tanpa henti tanpa sebarang wakaf diperlukan bagaikan dipermudahkan urusan dan semua traffic light bertukar hijau laju bacaannya dan kuat. kalau aku dah ke gear 5 dan menekan pedal minyak sehingga 170 km sejam dye mungkin 2 kali ganda dari itu. tersemput semput kereta kancil mengejar ferrari macam tu la kami. jeritan sudah tidak dihiraukan ada yang sudah tertidur kerana kepenatan. bermula 2 pagi sampai kesubuh bacaan yassin tidak pernah berhenti sebegitu juga alia. tough orangnya.

usai subuh semua terlena dan kesekolah pukul 11 pagi. indahnya ketika itu kita ditakuk pemerintahan pak chad yang memahami murid muridnya. masuk kelas si aspura sebok menginterview mengalahkan nas ahmad menerjah artis dalam melodi. tapi aspuri dibenarkan tidur. lalu bagaikan pisang emas yang berlinai emas kami tidur. *apa peribahasa da!

maghrib disurau. sewaktu azan maghrib berkumandang ada yang terdengar bunyi jeritan dari arah padang, fikirkan kembali aman tetapi diserang kembali. si badar aspura masuk keruangan aspuri. wahh gentle. abang ammar *kenyit mata sikit sejuk je tengok dye.
baca yassin lagi sampai ke asrama masih tidak reda. yang period diasingkan dengan yang tidak. aspura masuk aspuri setiap dorm diazan satu persatu. ouh indahnya bunyi lunakan suara azan berkumandang.
bunyi gedegung gedengang dari dorm 13,dorm 7,dorm 1 dan rumah warden.

diejek oleh aspura yang membaca event yang ingin dianjurkan aspuri 'LADIES NIGHT' .
akhirnya selesai waktu sekolah hari jumaat dibenarkan balik.
impian kau nak celebrate kat rumah terealisasi Shera walaupun lambat sehari.
hari ahad semua tak sedia nak balik asrama cuti dilanjutkan lagi bagi pembersihan asrama.
hoooyeayyypyy. *muka girang.jpg*


aku bukan berlagak tapi aku hanya mengingatkan semula, selesai kejadian itu terlahirlah peringatan di tandas yang menyatakan 'JAGALAH KEBERSIHAN. JANGAN BIARKAN TRAGEDI 4 MAC BERULANG KEMBALI' hadoi menangis aku macam tragedi oktober pulak .

Alhamdulillah last year tak kena so ketakutan aku waktu nak menjelang tarikh keramat itu meleset sekali.
btw,now mereka dilanda badai jeritan lagi , menurut sumber adik junior *cewahh. sangat teruk samoai aspura pon ramai terkena jugak. time kita dulu dorang yang mintak nak kene sebab nak cuti sampai 'benda' tu jadi saingan zetty nak pikat bers.
dan dorang dah berlanjutan seminggu baru harini dapat balik dan bonda tak kasi aspura rawat aspuri sahaja dan paling penat naqibah aspuri serta ajk yang boleh nampak tu sebab terkejar kejar nak ubatkan adik adik junior yer kawan kawan .

and berita paling gemilang sekali dorm paling teruk kena histeria dorm kejayaan iaitu dorm 11 . hadoi buek malu senior je . haha . tulaa iman tidak dapat diwarisi.

p/s: entry kali ni macam karangan AKU DAN SEBATANG PEN versi AKU DAN SEBUAH ASRAMA.

lots of love,
NUR SHAHIRA HAMDAN.


No comments:

Post a Comment